Tamadun Mesopotamia


Tamadun Mesopotamia 
*     Tamadun terawal di dunia.
*     Perkataan ‘Mesopotamia
      *berasal daripada perkataan Yunani.
     *bermaksud tanah di antara dua sungai.
Lokasi
   Terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates
   Dikelilingi Pergunungan Zagrus(bahagian timur laut), dataran   
 tinggi Arab(barat daya),Teluk Parsi(selatan).

   Kerangka Masa
   Berkembang daripada petempatan Zaman Neolitik(7000-5000 S.M)
   Berkembang menjadi pusat tamadun awal pada sekitar tahun 3500 S.M.
   Selepas kejatuhan kerajaan Chaldea, Parsi menguasai wilayah Mesopotamia
 hingga membawa kepada keruntuhan kerajaan yang diasaskan oleh orang
 Mesopotamia.

Zaman
Kerangka Masa
Kerajaan Sumeria
3500-2340 S.M.
Kerajaan Akkad
2371-2006 S.M.
Kerajaan Ur
2113-2006 S.M.
Kerajaan Babylon
2000-1530 S.M.
Kerajaan Kassites
1530-1100 S.M.
Kerajaan Assyria
1100-626 S.M.
Kerajaan Chaldea
626-539 S.M.










Proses Pembentukan

Pembentukan Tamadun Mesopotamia



Bahagian utara bandar Baghdad           Bahagian selatan bandar Baghdad         
                    (Assyria)                                                            (Babylon)                        
                                               
* meliputi kawasan pertengahan                                 * meliputi kawasan Sungai Tigris
   Sungai Tigris hingga ke utara                                      dan Sungai Euphrates yang
   termasuk Sungai Zab                                                     hampir bercantum
                                                                    
                                                         
                                                                          Akkad di utara    Sumeria di Selatan                                                            
                                                           
   Orang Sumeria bukanlah peneroka awal sebab kebudayaan Neolitik telah lama
 wujud dan berkembang di wilayah ini.
   Orang Sumeria berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan dan
 menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna dengan membina
 sistem pengairan yang membolehkan mereka mengawal pengaliran air sungai.          

*Sumeria*
         
   Perkataan ‘Sumeria’ berasal daripada nama ‘kuno’ yang merujuk kepada wilayah di
 selatan Iraq(Sumer)
   Didiami oleh 3 kumpulan etnik:
        -orang Sumeria
        -orang Semitik
        -orang yang tidak diketahui asal-usul keturunannya dan bilangan mereka kecil


 Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia

Taman Tergantung Babylon



   Satu daripada tujuh ciptaan manusia yang menakjubkan
   Dibina pada zaman pemerintahan Raja Nebuchadnezzar(raja Chaldea)
   Terdapat pelbagai jenis pokok bunga yang ditanam pada binaan bertingkat di
 bukit berteras
Tinggalan ukiran yang terdapat pada dinding Taman Tergantung Babylon

 Negara Kota Mesopotamia

   Keluasan sesebuah negara kota lebih kurang 1000 batu persegi
   Kawasan utama : pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan
   Kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang(lambang kekayaan
 sesebuah kota)
   Di dalam kota : istana, rumah ibadat(pusat kota),rumah kediaman, rumah
 kedai, pasar dan kebanyakan jalan lurus & lebar
   Setiap negara kota mempunyai unit politik dan agama tersendiri
   Kewujudan sungai dan kawasan tanah pamah – memudahkan pengangkutan
 dengan kapal, pedati, keldai
   Sistem pemeirntahan beraja di Mesopotamia berbentuk teokrasi(pemerintahan  
 oleh tuhan/wakil tuhan yang berasaskan hukum agama dan bersifat ketuhanan)

 

Masyarakat Mesopotamia
 

                     
Golongan Pemerintah                                      Golongan Rakyat
         -raja                                                                 -rakyat biasa ( petani, artisan,
                   -ketua pendeta                                                      pedagang )
         -ketua tentera                                                      -hamba ( tawanan perang )
         -orang bangsawan 


                                        
*organisasi sosial yang wujud dalam tamadun Mesopotamia menjadikan kehidupan  
   masyarakat negara kota lebih teratur.



Raja
 

Ketua pendeta, ketua tentera, orang bangsawan
 

Rakyat bebas ( petani, artisan, pedagang )
 

Hamba(tawanan perang)

Susun lapis masyarakat Mesopotamia

Raja

   merupakan pemerintah
   dianggap sebagai tuhan/wakil tuhan tetapi masyarakat Mesopotamia tidak  
 menyembah raja mereka sebagai tuhan (kecuali zaman pemerintahan Raja
 Naramsin di Akkad)
   ketua pentadbir, ketua pendeta, ketua tentera
   berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan di ziggurat dan
 menentukan bentuk pentadbirannya
   berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian dan perniagaan
   dibantu eloh para pegawai yang kebanyakan terdiri daripada golongan bangsawan          
 dan yang mempunyai ikatan dengan keluarga diraja.

    Zigurat  

   Pusat ibadat
   Pusat perdagangan
   Pusat khazanah negara





Photo of Mesopotamian ziggurat at Ur, Iraq
Tangga utama menuju ke kuil yang terletak di puncak

Kedudukan zigurat di dalam Kota Ur
  
     Sistem Tulisan

   Bermula dalam bentuk tulisan bergambar
   Berkembang kepada tulisan berbentuk simbol yang ditulis pada tanah liat
   Tulisan pada tanah liat itu berbentuk pepaku yang dikenali sebagai cuneiform

Sumbangan Mesopotamia
               
     Kod Undang-undang Hammurabi
   digubal pada zaman pemerintahan Raja Hammurabi
   menjadi dasar perundangan tamadun Mesopotamia
   mengandungi kira-kira 282 undang-undang
   berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
   hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi         
         berbeza mengikut susun lapis masyarakat
   dipahat pada tembok dan tiang supaya rakyat dapat dibaca
   mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi
         dalam kehidupan masyarakat
Contoh undang-undang :
   sekiranya seseorang bangsawan mematahkan tulang seseorang   
         bangsawan lain,tulangnya akan dipatahkan juga.
   sekiranya seseorang bangsawan mencederakan mata seseorang rakyat  
 biasa,bangsawan ini akan didenda satu wang perak.
  
Penciptaan Roda
Image
   menghasilkan kereta kuda
   membolehkan orang Mesopotamia mencipta kincir air untuk mengalirkan
 air ke kawasan tandus dan meningkatkan hasil pertanian dan mengawal banjir

Cara membuat batu-bata daripada tanah liat
   mencipta arca dan tiang batu
   dapat dilihat dalam seni bina zigurat
        Contoh:   
                        
                    
Patung Raja Gudea

  Sistem tulisan
   membawa kepada sistem pendidikan yang bertujuan melahirkan jurutulis
   kelahiran jurutulis membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan
   melahirkan tradisi kesusasteraan

Contoh: Epik Gilgamesh (hasil kesusasteraaan tertua di dunia)

                                     
                                     I.      mengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia
                                  II.      menceritakan tentang pemerintahan,percintaan, kehidupan yang kekal abadi   dan kesaktian
                               III.      kisah tentang kepahlawanan tokoh bernama Gilgamesh yang dikatakan memiliki sifat dua per tiga Tuhan, satu per tiga manusia, wajahnya yang tampan, susuk badan yang sasa, memiliki kekuatan dan keberanian,
  memerintah dan memberi perlindungan kepada kehidupan di kota Uruk

  Ilmu Astronomi
   penerpan terhadap pergerakan bulan,bintang dan matahari
   membawa kepada perkembangan ilmu matematik dan ilmu geometri
   membolehkan menggunakan jalan laut
   mencipta kalendar yang berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam satu tahun

 Ilmu Perubatan
   mendapat perhatian khusus semasa pemerintahan kerajaan Assyria kerana  
 kerajaan ini mementingkan kesihatan anggota tenteranya
   sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan
 dikatelogkan dan disampelkan penggunaannya

   pembentukan sebuah sistem pemerintahan dan sebuah masyarakat yang berestika
   berjaya mewujudkan empayar pertama di dunia
   -perintis pembentukan empayar
   -menjadi ikutan pemerintah lain
       Contoh:Firaun Tutmose III             

No comments:

Post a Comment