Masyarakat Mesopotamia terbahagi kepada 3 kelas. Kelas yang tertinggi
dikenali sebagai amelu atau kanun bangsawan. Kelas kedua ialah mushkinu (kelas
pertengahan) dan yang di bawah sekali ialah hamba abdi. Kelas atasan terdiri
daripada pegawai-pegawai kerajaan, golongan agama (pendeta, paderi atau rahib)
dan tentera. Golongan yang paling berkuasa dalam tamadun Mesopotamia ialah
golongan agama. Kelas pertengahan terdiri daripada pedagang-pedagang, guru,
juruwang, ahli nujum, ahli sains, ahli silap mata, petani dan tukang. Kelas yang
paling bawah merupakan kelas hamba abdi. Hamba abdi telah wujud di Mesopotamia
sejak awal lagi tetapi tidaklah dipandang hina. Golongan hamba ini terdiri
daripada orang tawanan perang, penjenayah, orang yang telah dijadikan hamba abdi
sejak kanak-kanak lagi dan orang tempatan yang dijual beli. Sekiranya seorang
hamba patuh dan setia kepada tuannya, dia boleh dibebaskan. Hamba abdi boleh
berkahwin dengan orang biasa dan apabila ibu bapa mereka meninggal, anaknya akan
dibebaskan. Mereka diberi keistimewaan tertentu dan boleh membuat rayuan kepada
pihak yang berkuasa tetapi mereka tidak diberi peluang dalam pentadbiran.
Orang dari kelas mushkinu diberi kebebasan dalam semua perkara dan tidak
diwajibkan berkhidmat dalam tentera kecuali bila negeri menghadapi bahaya
ancaman luar. Pergerakan dari satu kelas ke kelas lain adalah sukar. Orang
perempuan tidak dianggap sebagai barang jualan tetapi dianggap sebagai seorang
individu dan warganegara. Dia mempunyai hak ke atas wangnya sendiri, harta benda
suaminya dan ayahnya dan boleh menjalankan perniagaannya sendiri dan mempunyai
hamba abdi sendiri. Jika dia menguruskan perniagaan suaminya semasa ketiadaan
suaminya, dia berhak menerima sepertiga dari keuntungan yang diperolehi.
Sebaliknya, seseorang yang berhutang boleh menyuruh isterinya menjadi hamba
kepada orang yang memberi hutang tetapi hanya dalam jangka waktu 3 tahun
sahaja.
Masyarakat
Orang-orang Sumer dikatakan berasal dari kawasan pergunungan. Ini ditunjukkan
dengan bangunan-bangunan awal di Sumer didirikan dengan kayu balak dan teks-teks
purba yang menyebut tentang dewa orang-orang Sumer yang tingal di kawasan
pergunungan. Ada juga ahli sejarahwan yang berpendapat bahawa orang-orang Sumer
merupakan campuran pelbagai ras dan tamadun iaitu gabungan unsur luar dan
tempatan.
Di samping orang Sumer, terdapat satu lagi bangsa utama iaitu orang Semitik.
Mereka mendiami bahagian tengah Mesopotamia yang juga dikenali sebagai
Akkad dan
berasal dari
Semenanjung
Tanah Arab. Mereka telah menubuhkan empayar pertama di Mesopotamia di bawah
pemimpin mereka yang utama iaitu
Sargon
Agung yang dikenali sebagai
Empayar
Akkadia. Orang-orang Amorite dan Armaean juga merupakan suku bangsa Semitik
yang memainkan peranan dalam sejarah Mesopotamia.
Dewa dan Dewi utama
- Dewa Anu merupakan Dewa langit
Sumeria. Dia berkahwin dengan Dewi Ki, tetapi dalam kepercayaan Mesopotamian
lain dia mempunyai isteri yang dipanggil Uraš. Sungguhpun dia dianggap dewa
paling penting dalam Dewa Dewi, dia memainkan peranan pasif dalam epik,
membenarkan Enlil untuk mengambil keduduk sebagai dewa paling penting.
- Dewa Enlil pada awalnya
merupakan dewa paling berkuasa dalam kepercayaan Mesopotamia. Isterinya adalah
Dewi
Ninlil, dan anak-anaknya adalah Iškur
(kadang-kala), Nanna -
Suen, Nergal, Nisaba, Namtar, Ninurta
(kadang-kala), Pabilsag,
Nushu, Enbilulu,
Uraš
Zababa dan Ennugi.
Kedudukannya pada puncak dewa dewi (pantheon) kemudiannya digantikan oleh
Marduk dan kemudiannya oleh Ashur.
- Dewa Enki
(Ea) dewa kepada Eridu. Dia
merupaka dewa hujan.
- Dewa
Marduk merupakan dewa utama Babylon. Apabila Babylon semakin berkuasa, mithologi
mengangkat Marduk dari kedudukan asalnya sebagai dewa pertanian kepada dewa
utama dalam pantheon.
- Dewa
Ashur merupakan dewa empayar Assyrian dan sama juga apabila Assyrians
semakin berkuasa, mitos mereka mengangkat Ashur kepada kedudukan penting.
- Dewa Gula
atau Dewa Utu
(dalam Sumeria), Shamash (dalam
Akkadian) merupakan dewa matahari dan dewa keadilan.
- Dewi
Ishtar atau Dewi
Inanna merupakan dewi seks dan perang.
- Dewi
Ereshkigal merupakan dewi Alam Bawah (Netherworld).
- Dewa Nabu
merupakan dewa tulisan Mesopotamia. Dia amat bijaksana, dan dipuji bagi
keupayaannya untuk menulis. Di sesetengah tempat, dia dipercayai mengawal langit
dan bumi. Kepentingannya semakin meningkat pada tempoh berikutnya.
- Dewa
Ninurta merupakan dewa perang Sumeria. Dia juga merupakan dewa hero.
- Iškur
(atau Dewa Adad)
merupakan dewa ribut.
- Dewa Erra
kemungkinannya dewa kemarau. Dia sering disebut bersama dengan Dewa Adad
dan Dewa Nergal bagi
memusnahkan tanah.
- Dewa Nergal
kemungkinannya dewa wabak (plague). Dia juga merupakan pasangan kepada Dewa
Ereshkigal.
- Dewa
Pazuzu, juga dikenali sebagai Dewa Zu,
merupakan dewa jahat, yang mencuri kepingan (tablets ) masa depan Dewa Enlil, dan dibunuh kerana
ini. Dia turut membawa penyakit yang tidak mempunyai penawar yang
diketahui.
Pengkebumian
Beratus perkuburan telah dibongkar di sesetengah bahagian di Mesopotamia,
memberi maklumat mengenai upacara pengkebumian Mesopotamian. Di bandar
Ur, kebanyakan
orang ditanam dalam perkuburan keluarga di bawah rumah mereka (sebagai mana di
Catalhuyuk),
bersama sebahagian barang milik. Beberapa didapati dibungkus dalam tikar dan
karpet. Mayat anak kecil diletakkan dalam tempayan (
jars) besar yang
diletakkan di (
capel) keluarga. Yang lain di dapati ditanam dalam
perkuburan umum bandar. 17 kubur didapati dengan objek beharga dalamnya dan
dipercayai kubur diraja